Thursday, May 8, 2014

#7 Reasons Why I Can't Get Close To U

Ehhh, kenapa boyz tu single erk? Nak kata tak cukup smart, rupa ada, good looking, perwatakan pun sedap mata memandang. Tapi mesti ada reasons kenapa si dia masih belum berpunya kan? Maklumlah setiap orang mempunyai sebab tersendiri dengan keputusan mereka, betul tak??? 

Sometimes penyebabnya bukan datang daripada boyz itu sendiri. Sebaliknya, berpunca daripada gurlz! Kalau nak tau penyebab yang membuatkan they turn off, jom selongkar 7 perkara yang menghalang boyz mendekati gurlz yang pada mulanya disukainya..

Ramainya teman u all!


Semua orang tahu u all nie popular. Haha.. Bukan kite ye! I'm not such a famous person. Hukhukkk.. Jalan ke sana, jalan ke sini mesti ada yang menegur. Kalau nak keluar hang out mesti bergandingan dengan ramai kawan. Mungkin u all tak sedar, si dia sebenarnya berasa tidak selesa atau terancam dengan situasi tersebut.

Apa yang perlu u all lakukan jika ingin didekati boyz pilihan hati adalah belajar untuk bahagikan masa antara teman istimewa, teman baik dan teman-teman yang lain supaya semua orang akan mendapat peluang yang sama untuk bersama u all yang selalu menjadi rebutan nie.

Eh! Artis ke?


Nak berfashion atau sentiasa mengikuti trend terkini tu tak salah, tetapi berpada-pada larh. Sesuaikan dengan character diri serta tengok tempat dan keadaan. U all bukan artis yang inginkan tumpuan orang ramai kan? Takkan lah setakat nak keluar date di supermarket pun nak pakai neon-legging ataupun striking-dress.

Siapalah yang sanggup nak dekati gurlz yang attention seeker gitu? Wekkk! So, gurlz harus pandai menjaga penampilan supaya punya daya tarikan tersendiri dan sedap mata boyz memandangnya.

Lebih masam daripada asam?


"Kenapa muka dia tu asyik masam jer nie? Tak tahu nak senyum langsung! Takutlah nak dekat, tak pasal-pasal kene attack nanti". Itulah pendapat yang sering bermain di fikiran boyz bila melihat gurlz mempamerkan raut wajah yang kelat serta bersikap dingin.

Senyuman adalah daya penarik setiap individu. So, tak salah kalau u all ukirkan senyuman kepada semua orang walaupun mereka itu tidak dikenali. Mana tau ada yang 'melekat'! Hehe..

Alahai sibuknya..


Eh.. workaholic sungguh gurlz tu, atau sengaja buat-buat sibuk untuk mencuri perhatian? Persoalan nie juga sering kali menjadi tanda tanya dalam fikiran boyz sekiranya ternampak gurlz tersebut asyik berkepit dengan handphone, ipod, laptop dan juga buku-buku mereka.

So boyz, yang sememangnya admire u all pun akan berfikir dua kali sama ada untuk bertegur sapa ataupun tidak. Akhirnya terkubur begitu sahaja keinginan mereka di dalam hati. Melepaslah u all sekali lagi!

Ok ke?


Sememangnya ramai gurlz yang terlalu jual mahal. Ehhh.. papepun jangan la murah sangat pulak ye! So dangerous! Bukan nak cakap u all nie perlu berkenalan ataun mesra dengan semua orang. But, tak salah if u all rasa boyz tu ada chemistry untuk bersama. Berilah peluang kepadanya untuk dekati u all. Janganlah bergaul terlalu over bersama kengkawan lain tanpa menghiraukan si dia yang sedang memerhatikan u all dari jauh. Haha.. Actually kite ni pun jenis orang macam nie. Cengggg~~~

I'm so shy..


Bersikap terlalu introvert pun tak bagus untuk seseorang individu. Belajarlah untuk "confident to yourself" dan jangan malu untuk hang out dengan kengkawan lain. Boyz akan mempersoalkan gurlz yang gemar bersendirian tanpa kengkawan di sekelilingnya. So keep up the good work gurlz!

Ah.. Siapa dia tu?



Gurlz mesti lebih selesa untuk berada di samping BFFnya, is it true? Memandangkan BFF tulah tempat mereka bercerita, berkongsi masalah dan sebagainya.

Tapi tak dinafikan ada juga gurlz yang lebih senang berkawan rapat dengan lelaki. Ni pun salah satu punca boyz takut untuk dekati gurlz sebab persepsi pertama mereka adalah u all telah berpunya. Padahal sebenarnya dia tu just bestfriend u all je. Siapa yang melepas sekarang? Papepun, belajar untuk hadkan pergaulan dengan bestfriend u all yang berlainan jantina tu ketika berada di tempat public ye!

6 comments :

  1. Replies
    1. haha.. thanks for reading my ridiculous post!
      buat post mengarut ni while keep waiting to see my upu result.
      hihi.. :)

      #Pray4UPUresult

      Delete
  2. betul betul. btw, handsome lah austin mahone. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading this post! Yup! Austin Mahone!!! Hehe.. :) <3

      Delete
  3. hai, akak tag awak utk liebster award. kalau sudi jawab yer ^^ terima kasih :)

    http://kalishabanyakcakap.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-saling-berkenalan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh. ok jugak tu! it sounds really interesting. n opportunities may knock only once. sooooo, sudi sudi.. hihi.. :)

      Delete

 
♥ Copyright © 2014 ♥